Jumaat, 11 Mac 2011

MUSIBAH UJIAN KEHIDUPAN

Stesen telenisyen tempatan  dikejutkan dengan gempa bumi 8.9skala richter dan menyebabkan tsunami,  melanda jepun semalam... di sebalik kejadian yang berlaku ada hikmahnya... 


Musibah ialah semua bentuk kesusahan, halangan, dan kesulitan yang dihadapi oleh seseorang seperti kesakitan, kelaparan, kematian, bencana alam dan sebagainya...semasa ditimpa musibah, kita tidaklah mudah berputus asa kepada apa yang telah berlaku... sebaliknya, kita mestilah tabah dan sabar menghadapinya..dalam pada itu, kita mestilah berdoa dan bertawakal serta beristighfar memohon ampun daripada Allah...


Kelebihan beradap ketika menerima musibah daripada Allah akan mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah S.W.T.. selain itu keimanan kita terhadap Allah akan bertambah.. kesannya, kita akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat...


cara untuk membetuk sifat redha apabila menerima musibah, sentiasa yakin terhadap apa yang berlaku ada hikmahnya.. bukan itu sahaja, kita hendaklah sentiasa berzikir dan mengingati Allah S.W.T


Implikasi tidak bersabar dalam menghadapi musibah daripada Allah S.W.T ialah akan menyesal kemudian hari, jiwa tidak tenteram... selain itu mudah meletakkan kesalahan kepada orang lain... dan yang palik buruk, di murka oleh Allah S.W.T..




kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH S.W.T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Al-Fatihah ke atas arwah comot..

Al-Fatihah ke atas arwah comot..