Rabu, 29 Disember 2010

cuti....

disebabkan jaguh-jaguh malaya, kita dapat cuuuttttttiiiiiiii yuuuuhuhuhuuuuu... thanks to the tiger malaya

we are the champion.... malaysia boleh! (bola sepak piala aff suzuki)

alhamdulillah..... pertama sekali, kita mesti memanjatkan syukur ke hadrat illahi kerana telah mengabulkan doa rakyat Malaysia... Malaysia menang keseluruhan 4-2...final pertama 3-0.. final kedua malaysia 1-2indonesia.. tapi keseluruhan, Malaysia MENANG... final pertama syafee telah meyumbatkan dua gol kedalam pintu gol indonesia pada minit ke 60 dan 72 serta satu menerusi pemain gantian, Mohd Ashari Samsudin, minit ke-68...


Pada final kedua, indonesia menjaringkan 2 gol, manakala malaysia menjaringkan 1, tapi, malaysia menang jugakkkk..sebab aggregate... apa-apa pun, tahniah kepada pemain bola sepak malaysia kerana dapat mengharumkan nama negara.... MALAYSIA BOLEH!!!!!

Isnin, 27 Disember 2010

bahaya bahaya bahaya

Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yanng penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.
Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullahmengatakan,
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :
1.     Tidur ketika perlu tidur.
2.     Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3.     Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)
BAHAYA TIDUR PAGI 
[Pertama]
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat]
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullahberkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)


Di petik dari rumaysho.com.


Khamis, 23 Disember 2010

Pesbuk "facebook"

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Pesbuk sebagai medium bersosial terkini.

Pesbuk oh Pesbuk…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna. 

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu. 

Pesbuk oh Pesbuk…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Pesbuk oh Pesbuk…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Pesbuk oh Pesbuk…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“apa punya lecturer la... ajar kimi-'A'! pun salah... baek aku yg ajar..!!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah. 

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat. 

Pesbuk oh Pesbuk…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Pesbuk,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berPesbuk,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berPesbuk,
Tengah mesyuarat pun ada orang berPesbuk,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Pesbuk,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Pesbuk?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Pesbuk?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Pesbuk,
Makan: Pesbuk, minum: Pesbuk, bermain: Pesbuk, berjalan: Pesbuk…
Pesbuk…Pesbuk…Pesbuk!

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat

DOSA BERKUKU PANJANG

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua



1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senangkan?.


2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Okay?? senangkan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!.... bak  kata uztazah siti norbaiyah: anda buat anda dapat..

Isnin, 20 Disember 2010

Nahas terburuk negara

KUALA LUMPUR: Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, hari ini yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara. 

Dalam nahas pada 11.10 pagi tadi, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Kemalangan terburuk melibatkan sebuah pas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping....


 sumber dipetik daripada berita harian online

Buku yang Bagus di baca untuk semua lapisan umur


JALAN PINTAS BAGI MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DAN MENEMPAH TIKET KE SYURGA


Nabi Muhammad menceritakan kepada sahabat-sahabat beliau kisah Allah memerintahkan Nabi Adam membawa rombongan manusia seramai 1000 orang ke neraka. Daripada jumlah itu, 999 orang benar-benar menuju ke neraka dan hanya seorang saja yang berjaya melangkah ke syurga.. apakah yang menyebebkan individu  itu mendapat tiket ke syurga sedangkan 999 orang yang lain terus ke neraka??




untuk mengetahui cerita ini selanjutnya.... belilah buku ini di mana-mana  kedai buku... syukran jazilan..

Ahad, 19 Disember 2010

4 PERKARA UNTUK SIHAT

4 Perkara Untuk Sihat (Petua Imam Syafie)


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat



4 CARA TIDUR

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

cuti-cuti keluarga..

Cameron Highlands Malaysia CAMERON HIGHLANDS.....

asalamualaikum.. ..huhuu x sabar nak bercuti... dulu dah pernah pegi,, tapi kali ni mesti lagi happening... sewa apartment 1 hari 1 malam.. best giler tempat dia.. hehhe x sabar nye lah... huuuhu . kiteorang gi dulu... chaw..

AL-QURAN N KERETA SPORT... (sedih)...

Assalamualaikum wbt.

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan
sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu
hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya
tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu
cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat
kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya
berbunga keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik
bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati
seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak
tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang
selama ini menjadi idamannya itu...

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak
yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu
yg kuhajatkan.. . dengan hati yang berat...kotak itu bertukar
tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan
sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang
dihatinya... .

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil;
comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka
hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya
dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja
mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta
tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah...bukan al-Quran
ni yang saya nak...katanya keras...

Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si
ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiann ya
disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah
ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg
dimilikinya. ...

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai
syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup
membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa
itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2
sendiri...telefonny a berdering... dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal
dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak
diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke
banglo ayahnya...memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm
hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di
bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di
situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama
ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran
itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu dari
Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah
sampul surat ternyata diselotepkan disitu...

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di
dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli
pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si
ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama
ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...air mata si anak menitis
deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .

Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak
kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak
"dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Buat renungan kiter bersame...

Kehebatan Iman Generasi Terdahulu – Berusahalah Kita Untuk Menguasainya

Tahukah anda bahawa Baginda Nabi S.A.W memulakan dakwahnya di Mekah, kaum musyrikin Quraisy membalas usaha dakwah itu dengan pelbagai tindakan yang kasar dan ganas, termasuklah mencipta pelbagai bentuk azab bagi menyiksa orang-orang beriman. Namun, segala usaha mereka tidak berhasil kerana mereka bukan berhadapan dengan manusia biasa yang memiliki jati diri keimanan yang teguh, yang lebih rela nyawa mereka melayang daripada iman mereka diruntuhkan. Para sahabat mampu bertahan menghadapi segala cabaran kerana mereka memiliki iman dan keyakinan yang kental.

Siapa yang tidak kenal Bilal bin Rabah r.a., yang sanggup bersabung nyawa menanggung azab sengsara ketika beliau ditindih dengan bongkah batu raksasa di atas ramda yang merah menyala dan di bawah terik sinaran matahari yang panas membara. Bilal tidak berhenti daripada menyebut kalimah yang membakar kemarahan para penyiksanya iaitu dengan kalimah berikut:

“Ahadun Ahad”, Ahadun Ahad”.
 Alangkah mudahnya bagi Bilal, jika beliau ingin menyelamatkan diri daripada siksaan itu, beliau hanya perlu berpura-pura menjadi kafir sementara. Tetapi beliau tidak tergamak melakukannya, kenapa? Kerana beliau merasa amat rugi jika melepaskan kemanisan iman yang sedang beliau kecapi.

Mana mungkin orang yang sedang menikmati kelazatan iman akan melepaskan kelazatannya. Dan mana mungkin orang yang pernah merasai kepahitan kekufuran akan kembali merasainya. Demikianlah juga Ammar, Yasir, dan Sumayyah radhiallahu ‘anhum, satu keluarga yang telah menjual nyawa mereka untuk membeli iman sehingga gugurlah Sumayyah sebagai wanita pertama syahid. Demikianlah pula kisah khubaib bin Adiyy r.a. yang telah ditawan oleh golongan musyrikin ketika beliau hendak berhijrah, lalu beliau dibawa balik semula ke Mekah. Khubaib meletakkan syarat ke atas dirinya untuk mati dalam iman dan dengan syarat itu beliau tidak peduli lagi bila, di mana, dan bagaimana beliau akan dikorbankan. Ketika sedang menunggu kematian sebagai hukuman daripada kaum musyrikin, beliau mengatakan dengan tegas:
 “Aku tidak peduli jika aku mati, asalkan kematianku sebagai muslim yang berjuang pada jalan Ilahi. Kerana yang demikian itu, jika Dia kehendaki, nescaya ketulan dagingku yang bersepah akan diberkati.” (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 2880)
 Demikianlah juga Abu Salamah r.a. yang tidak membatalkan hasratnya untuk berhijrah meskipun isterinya dirampas dari tangannya dan meskipun tangan anaknya direntap putus dihadapannya. (Ibn Hisyam, as-Sirah an-Nabawiyyah, 2: 469). Demikianlah juga Suhaib ar-Rumi r.a. yang menawarkan seluruh hartanya kepada kaum musyrikin semata-mata kerana ingin menyertai Nabi S..A.W. berhijrah ke Madinah. (Ibn Hisyam, as-Sirah an-Nabawiyyah, 2: 477). Demikianlah betapa hebatnya iman apabila telah menembusi hijab hati manusia, tiada apa lagi yang boleh menukar gantinya. Mereka diberi tawaran samaada memilih nyawa tanpa iman atau memilih iman tanpa nyawa, lalu mereka memilih iman tanpa mempedulikan nyawa mereka. Sabda Rasulullah S.A.W (maksudnya):
“Ada seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah digali lubang untuknya, kemudian dia ditanam di dalamnya, lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua, namun yang demikian itu tetap tidak mengubah pendirian agamanya. Ada pula yang disikat dengan penyikat besi sehingga pecah tulang dan urat sarafnya, tetapi semua itu tetap tidak mengubah pendirian agamanya.” (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 3416 & 6544)

Oleh itu, setiap muslim mestilah yakin dengan pegangan agamanya sebagaimana juga generasi umat Islam yang terawal meyakininya. Dengan keyakinan yang mantap itu, dia pasti akan dapat meneguhkan jati dirinya untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman dan dugaan.

Sabtu, 18 Disember 2010

bagus bagus bagus...

MALAYSIA BOLEH-MALAYSIA BOLEH-MALAYSIA BOLEH (huhuhuhuhhuhu hehehehehehehe hahahahahahaa) (syiok sendiri)....

Jumaat, 17 Disember 2010

komik islam(kewujudan allah)

Add caption

Cerita bagus punya..

FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA.

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik..tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada  iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu mata,tengok duit merah, biru  berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan  wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki
dengan pakaian yang hebat dan segak.Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman....Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak.Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya  membumbung tinggi.

Apa? Dia nak marahkan aku? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh."Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu  dengan tenang. "Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin.  Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang -moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat.Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan."Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.

"Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur seorang kepada pegawai penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas...Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari
sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia  pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.""Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya."Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan -pemisahan macam ni"

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"
terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni...""Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi orang yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun masuk.
"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?"tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya, Apa peliknya ?". "Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki." kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.
"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu
lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana "
Keluhnya. "Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.Oh...!" keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki mudatadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labor habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ...," kata pelayan itu lagi."Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di
restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam
aku ini?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan
edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya.....". "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati?"tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma." Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat
disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot..Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah, atau  otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalamskrin timbul tajuk besar-KHAUF.Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu:
MATI ITU TERLALU SAKIT,ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN,
IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya.

Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah denganlagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya.Tertera di atas skrin komputer:'RAJA'.kemudian tersembul tajuk-tajuklagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI
MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI

Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang...""Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar.Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran bergema...

"Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu smbil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema .... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta.......stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf  tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang  boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank.Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." " Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku  tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan  perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya!Di jalan-jalan
raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya..."

"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi mataya.

ISLAM adalah tertinggi...tiada yang lebih tinggi melainkan ISLAM..
ISLAM itu agama Allah, agama Allah PENYELAMAT UMMAH... MAka
ISLAM PENYELAMAT UMMAH...




semoga korang enjoy citer ni.. citer ni aku copy paste je.. tp x tau sape yang tulis... kpd penulis citer ni, halalkan la ye...  ; )

Khamis, 16 Disember 2010

TIPS PEMAKANAN YANG TERBAIK (tips pemakanan rasulullah)

Tips pemakanan Rasulullah s.a.w

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan tiap2 hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita je. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila korang dah tahu ilmu ini, tolonglah ajarkan kat orang lain..

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau korang ikut diet Rasulullah ini, korang takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

ULAM V.S PUCUK PAKU and NASI GORENG V.S NASI PUTIH

hahahaha aku gelak sampai terbahak-bahak...

movies by zahin zack production

Seronok ke bercouple??

Seronok ke Ber'COUPLE'?
1.          seronok (dpt fitnah)
2.          seronok (dpt dosa)
3.          seronok (dpt geng dgn syaitan)
4.          dpt meluahkan masalah.. (Allah kan ada)
5.          byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak
        kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil
        telefon yg melambung..
6.          byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali
        dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak
        risau..)
7.          byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat
        peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk
        mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
8.          lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm
        dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)
9.          menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati..
        solat fardhu lewat tak takut pulak... )
10.      lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham
        DOSA drpd PAHALA


harap2 korang renung2kan lah ye..(jangan marah) ;D

sekolah start x lama lagi...

asalamualaikum... hmmm.. x lama lagi sekolah dah nak bukak... bp minggu je lagi.. lepas christmas, tinggal lagi beberapa hari je nak bukak.. x tau la next year macam mana.. dah la form3 pastu sesi pagi plak..(sebenarnye malas nak bangun pagi..hehehe) selalu lepas sembahyang subuh terus tido balik....berbalik kepada tajuk,, hishhh aku x ready la nak masuk sekolah balik... mungkin sebab cuti sekolah tahun ni cepat sangat kottt... tp memang boleh nampak masa skang berlalu dengan pantas...kawan2 aku??? ntah2 diaorang pun x ready lagi...aku sebenarnye bukan ape, rasa pelik la... yela dari sesi petang pastu kena tukar pegi pagi.. lagi satu,, cikgu2 disiplin sesi pagi nampak garang gilerrr... kawan2 faham2la.. TAPI, dengan berbekalkan semangat dan keazaman, aku akan teruskan jugak(ceh bajet kot ayat ni huhuhuhu).. k.la nak chaw... asalamualaikum..

Ahad, 12 Disember 2010

SALAHUDIN AYUBI : PENAKLUK JERUSALEM

Apabila wafatnya Nabi Muhammad SAW dan selepas perginya negarawan islam yang ulung seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khatab, umat islam di seluruh dunia menjadi mangsa kerakusan dan kedurjanaan musuh-musuh Allah. Mereka di sembelih, di perkosa dan diusir dari tanah air sendiri. Pada masa itu umat islam memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti khalifah Ar-rasyidin. Mereka memerlukan kemunculan pahlawan seperti Khalid al-Walid bagi memulihkan martabat dan maruah umat islam. Ketika itu lah muncul Salahudin al-Ayubi bagaikan mukjizat nabi. Beliau mampu mengalahkan tentera salib yang kelihatan gagah perkasa tetapi tandus dan kosong jiwanya..

Sabtu, 11 Disember 2010

Permulaan...

asalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu.. pertama kali aku nak ucap hi...kpd org yang kat luar  sane... aku  bukak blog ni pun saje 2 je.....hmmmm.. tapi sambil tu boleh berdakkwah jugak..... and boleh share  cerita tentang diri aku.... tp, aku dengar blog ni pun susah jugak?,... owhhhh.. baru aku  ingat blog ni nak kena type sampai lebam.. aku harap aku x lebam la....  hmmmm.... tp  xpelah.. asalkan kita x terpesong...  ye dak????? hmmmm... aku rasa sampai sini jelah aku tulis serba sedikit... nanti bila2 ada "KERAJINAN" aku  tulis pasal diri aku and kawan2 pulak..... asalamualaikum......

zikir harian...

marilah berzikir...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Al-Fatihah ke atas arwah comot..

Al-Fatihah ke atas arwah comot..