Jumaat, 28 Januari 2011

KAPAN

Pada suatu petang ade sepasang pakwe 'n' makwe seberang jejalan kat taman. Tetiba pakwe ni berkata....


pakwe: Nanti kapan-kapan kita pergi bercuti ya.


makwe: Wah, bagus tuh tapi kapan sayang?


pakwe: yah, ngak tahu... kapan-kapanlah.


makwe: kapan tuh, kapan?


pakwe: kapan-kapanlah.


makwe: ya, tapi kapan dong?


pakwe: kapan-kapan!


makwe: yah, tapi kapan? 


pakwe: kapan-kapan... kain kapan ajalah!


makwe: ish kamu ni!

Petua Moden *langsung tidak berguna*

AMARAN: sebarang risiko atas penggunaan pakai petua berikut adalah di bawah tanggungjawab sendiri.HARAP MAKLUM.


PERUT MASUK ANGIN
Ambik jarumdan cucuk-cucukkan pada bahagian perut yang sakit. dengan itu, anginnya akan keluar.


KENCING MANIS
Makan semut banyak-banyak supaya semut-semut itu akan mengerjakan gula yang berlebihan dalam badan  tu.


KURANG DARAH
Tangkap nyamuk-nyamuk yang kembung darah banyak-banyak pastu telan, pasti kuantiti darah akan kembali menjadi normal.


KURANG DARAH MERAH (LEUKEMIA)
Bancuh sesenduk cat merah dengan air dan minum. amalkan selama yang terlarat, mudah-mudahan darah akan kembali stabil.


HILANGKAN JERAWAT
Ambik pen hitam dan titik-titikkan tempat yang ada jerawat. Kan dah jadik macam taik lalat






dipetik daripada:ujang (bijan)

Selasa, 25 Januari 2011

Rutin Minggu Ini

Isnin: belajar dan tiada aktiviti tp

Selasa: belajar, meeting ajk persatuan agama islam tengok kawan main bola kat sekolah

Rabu: belajar meeting ajk persatuan agama islam, siapkan powerpoint

Khamis: belajar dan perjumpaan olahraga

Jumaat: belajar, tiada aktiviti dan solat jumaat


dalam banyak2 hari, aku lebih suka hari jumaat.....sebab???
lepas hari jumaat, hari sabtu.. so kita cuti la beb...

Ahad, 16 Januari 2011

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Sabtu, 15 Januari 2011

kelebihan umat nabi muhammad




Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1.Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W

- Seorang Nabi juga gelisah mengenangkan kedudukannya disisi ALLAH, apatah lagi kita sebagai umat kebanyakkan. Malangnya kita tetap leka & berlagak sombong seolah-olah Syurga dijamin untuk kita.

- Janganlah kerana kelebihan kita selaku Umat Nabi Muhammad SAW, maka kita anggap dengan bertaubat pada ALLAH, segala-galanya akan kembali kepada fitrah. Buruk & baik amalan manusia tetap dihisab di Mahkamah Akhirat kelak.

- Kisah ini sudah cukup jelas maksudnya meskipun dengan sekali baca, jika masih tidak faham apa yang patut dilaksanakannya, sesungguhnya nyata kerugian pada dirinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Al-Fatihah ke atas arwah comot..

Al-Fatihah ke atas arwah comot..