Rabu, 19 Oktober 2011

Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Solat Sunat Rawatib

Pengertian solat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat dua rakaat yang ditunaikan sebaik sahaja seseorang itu melangkah masuk ke dalam masjid.

Daripada Abi Qatadah: bahawa Nabi s.a.w bersabda : apabila seseorang daripada kamu masuk ke dalam masjid hendaklah kamu menunaikan solat dua rakaat sebelum duduk.

niat solat sunat tahiyatul masjid(rumi)
:sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat sunat tahiyatul masjid tidak boleh dilaksanakan secara berjemaah. Mesti dilakukan secara BERSENDIRIAN.

-Pengertian solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dilakukan mengiringi solat fardhu sama ada sebelum (qabliah) ataupun selepas (ba’diah).


Solat sunat rawatib adalah seperti berikut:

*      Dua rakaat sebelum subuh.
*      Dua rakaat sebelum dan selepas solat zohor.
*      Dua rakaat sebelum asar.
*      Dua rakaat selepas solat maghrib.
*      Dua rakaat sebelum dan selepas solat isyak.
أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Al-Fatihah ke atas arwah comot..

Al-Fatihah ke atas arwah comot..