Ahad, 13 Mac 2011

5 golongan yang menempuh GAGAL


PEMBUANG MASA
golongan ini memang favourite antara kita. Malah kita sendiri mungkin juga kadangkala termasuk dalam  golongan ini..
mereka ini sering membuang masa, padahal macam-macam perkara yang befaedah boleh dilakukan..
golongan ini digelar ‘curi tulang’ ketika bekerja, melakukan perkara yang tidak berfaaedah seperti membaca akhbar , chatting online dan bersembang kosong..

PEMBERI ALASAN
Golongan ini juga mudah unuk kita sertai. Mereka ini sering kali mudah memberi alasan daripada memikul tanggungjawab. “asal datang keje lambat?” jawapan: “traffic jam” dan pelbagai jenis alasan lagi…

SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN
Golongan ini sering menyalahkan orang atau persekitarannya sebagai penyebab mereka tidak berjaya… untuk berjaya, 100% tanggungjaawab perlu di pikul oleh diri sendiri..

BERFIKIRAN NEGATIF
Memang lumrah manusia mudah berfikiran negatif berbanding dengan positif.. yang menjadi masalahnya ialah mereka menyuarakan fikiran negatif tersebut, seterusnya menyebarkan virus-virus negatif.. Cara terbaik ialah dengan mencari lawan kepada golongan ini-iaitu golongan orang yang berfikiran positif..

TIDAK BERUSAHA MENAMBAH ILMU
ilmu  boleh didapati di mana-mana melalui pengamatan sekeliling, daripada bacaan buku dan majalah, melayari internet, menghadiri majlis ilmu atau dapatkan daripada mereka yang berilmu..golongan yang tidak berusaha mencari ilmu umpama tidak menyayangi diri sendiri. Golongan ini adalah golongan yang rugi.. tetapi ada juga golongan yan lebih rugi lagi, iaitu mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari.. 
MUDAH-MUDAHAN KITA TIDAK TERGOLONG DALAM LIMA GOLONGAN DI ATAS…  ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Al-Fatihah ke atas arwah comot..

Al-Fatihah ke atas arwah comot..