Khamis, 1 Disember 2011

Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita ...

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu....... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

SELAMA INI KU MENCARI-CARI TEMAN YANG SEJATI, BUAT MENEMANI KEHIDUPAN INI

**this article was copied especially to all my friends.. ;D i hope our friendship will never end!

Jumaat, 21 Oktober 2011

Jangan Berebut Tanah Pusaka


Perebutan dan pergaduhan adik beradik disebabkan oleh tanah pusaka sudah begitu sinonim dengan masyarakat Melayu. Di mana-mana dan bila-bila masa kita selalu sahaja mendengar berita dan cerita yang sama. Isunya ialah pergaduhan kerana harta dan perebutan tanah pusaka peninggalan orang-orang tua yang sudah pun meninggal dunia.
Semuanya kerana harta.

Talian persaudaraan menjadi buruk dan boleh terputus kerana perselisihan dan pertengkaran mengenai siapa yang lebih berhak terhadap harta dan tanah pusaka. Hakikatnya Islam telah datang menyelesaikan masalah mengenai warisan harta apabila Allah swt telah mengajarkan kepada rasululullah salallahualaihiwassalam berkait pengurusan pusaka kematian di dalam al-Quran.
Allah swt telah menyebut yang bermaksud :
“Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.” (An-Nisa : 7)
Manakala nabi salalallahualaihiwasalam juga pernah bersabda daripada Ibnu Abbas ra dengan sabdanya yang bermaksud :"Hendaklah kamu membahagi-bahagikan harta (pusaka) di antara ahli waris itu berdasarkan Kitabullah.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Membahagikan harta menurut panduan Al-Quran dan As-sunnah ialah suatu kewajipan sebagai amanah daripada Allah swt dan sebagai bukti keimanan manusia kepada keadilan Islam. Hal ini juga merupakan salah satu perintah yang termasuk dalam ayat-ayat yang mewajibkan manusia berhukum dengan hukum Allah swt.
Malangnya, dalam masyarakat kita hari ini khususnya orang Melayu, pembahagian harta pusaka tidak dilakukan secara telus dan adil mengikut hukum syarak sebaliknya dipengaruhi oleh unsur-unsur penipuan dan penyelewengan. Hal ini terjadi kerana didorong oleh sifat tamak, dengki dan penyakit hati yang dikaburi oleh kemewahan harta dan kecintaan kepada dunia yang menyebabkan manusia lupa kepada azab dan janji-janji seksa bagi mereka yang melanggar amanah dan perintah daripada Allah swt.
Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil), Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. Jangan (berbuat demikian). apabila bumi digoncangkan berturut-turut, Dan datanglah Tuhanmu; sedang Malaikat berbaris-baris. Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi perbuatan mengingat itu baginya.” (Al-Fajr : 19-23)
Daripada Abdullah bin Umar ra yang berkata secara marfu yang bermaksud : “Sesiapa yang mengambil tanah orang lain tanpa hak walaupun sedikit maka dia pasti akan ditenggelamkan dengannya di hari kiamat sehingga ke tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari)
Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ya’la bin Murrah ra bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “ Sesiapa yang menzalimi orang lain dengan mengambil tanahnya walau sejengkal maka nescaya Allah akan membuatkan dia menggali tanah tersebut dan dalam riwayat yang lain menyebut : “Tanah itu akan dihadirkan sebanyak tujuh lapis bumi yang dalam lalu dibebankan kepadanya pada hari kiamat sehingga seluruh manusia diadili.” (hadis riwayat Tibrani)

Pada hari ini orang menyangka kecerdikan menipu dan memperdayakan termasuk sebagai sebuah kemahiran yang dibanggakan konon dapat membawa keuntungan duniawi tetapi mereka lupa bahawa yang tertipu dan terpedaya sebenarnya ialah diri mereka sendiri.
Syaitan telah menjadikan tanah pusaka sebagai alat untuk menjadikan manusia saling bergaduh, memutuskan silaturrahim dan perhubungan darah yang sepatutnya terikat utuh dan kukuh. Akhirnya manusia yang tamak itulah yang akan menjadi bahan bakar api neraka.
Dalam masyarakat kita bukanlah perkara yang ganjil dan pelik perbuatan menipu dalam persoalan harta khasnya yang melibatkan urusan tanah pusaka. Betapa ramai orang yang mengubah geran, jumlah tanah dan ada yang sampai menukar nama pemilik tanah kepada namanya sendiri demi tamakkan harta.

Nabi salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Allah melaknat orang yang mengubah batu penanda batas tanah.” (Hadis riwayat Muslim)
Ketahuilah wahai saudara-saudari sekalian, sesungguhnya adalah tidak berbaloi berebut tanah pusaka yang akhirnya membawa petaka dan bala bencana serta seksa neraka. Biarlah rugi di dunia kerana tidak mendapat warisan harta asalkan kita terselamat daripada seksa dan neraka Allah swt.

Sesungguhnya syurga itu amatlah nikmat jika dibanding dengan segala harta dan pusaka.

sumber dipetik dari ustaz.blogspot.com

Bayi dalam perut BERSUJUD

Inilah dikatakan kekuasaan Allah S.W.T...





Rabu, 19 Oktober 2011

L.O.L


Two guys meet up in a bar. The first one asks, "Did your hear the news - Mike is dead??!!!"
"Woah, what the hell happened to him?"
"Well he was on his way over to my house the other day and when he arrived outside the house he didn't brake properly and boom - He hit the curb, the car flipped over and he crashed through the sunroof - Went flying through the air and smashed through my upstairs bedroom window."
"What a horrible way to die!"
"No no, he survived that, that didn't kill him at all. So, he's landed in my upstairs bedroom and he's all covered in broken glass on the floor. Then, he spots the big old antique wardrobe we have in the room and reaches up for the handle to try to pull himself up. He's just dragging himself up when bang, this massive wardrobe comes crashing down on top of him, crushing him and breaking most of his bones."
"What a way to go, that's terrible!"
"No no, that didn't kill him he survived that. He managed to get the wardrobe off him and crawls out onto the landing, he tries to pull himself up on the banister but under his weight, the banister breaks and he goes falling down on to the first floor. In mid air, all the broken banister poles spin and fall on him, pinning him to the floor, sticking right through him."
"Now that is the most unfortunate way to go!"
"No no, that didn't kill him, he even survived that. So he's on the downstairs landing, just beside the kitchen. He crawls in to the kitchen, tries to pull himself up on the stove, but reached for a big pot of boiling hot water, whoosh, the whole thing came down on him and burned most of his skin off him."
"Man, what a way to go!"
"No no, he survived that, he survived that! He's lying on the ground, covered in boiling water and he spots the phone and tries to pull himself up, to call for help, but instead he grabs the light switch and pulls the whole thing off the wall and the water and electricity didn't mix and so he got electrocuted, wallop, 10,000 volts shot through him."
"Now that is one awful way to go!"
"No no, he survived that..."
"Hold on now, just how the hell did he die?"
"I shot him!"
"You shot him? What the hell did you shoot him for?"
"He was wrecking my house."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Al-Fatihah ke atas arwah comot..

Al-Fatihah ke atas arwah comot..